Homemade Chocolate: Malam Anugerah & Malam Mesra

Salam

Door gift for Malam Anugerah & Malam Mesra dan juga VIP gift untuk syarikat korporat.

Layan……..

kalau ada yang berminat boleh hubingi saya utk tempahan

Karnival Usahanita 1 Malaysia di Dataran Merdeka 2 – 4 April 2010

Salam

Saya akan berada di karnival usahanita bermula 2 April 2010, marilah beramai – ramai menyokong BOOTH NO 55.

Booth kami menjual cookies,cupcake,cake,kek lapis sarawak, chocolate, tart, mould chocolate & box dan macam-macam lagi.

datang jangan tak datang…jumpa disana

Wedding Cake For Kak Anisah

Salam semua

Sejak kebelakang ni tak sempat nak update blog terlalu sibuk dengan pelbagai perkara…ok mari layan.dan tak lupa juga terima kasih pada kak anisah kerana sudi menempah door gift dan kek 2 tingkat.

Kelas Dekorasi Cupcake, Mini Cake, Fancy Cookies & Tart – Taman Telawi Seremban

Salam & Hai

Kelas Dekorasi Cupcake, Mini Cake dan Tart akan diadakan pada setiap hari Ahad bermula April 2010, min kelas 4 orang. Lokasi kelas Taman Telawi, Seremban Negeri Sembilan.Hubungi saya untuk keterangan lanjut 013-6206325 (noorlie)

Kelas Dekorasi Cupcake (buttercream & piping Jelly) – RM180

РPeserta akan menghias cupcake  sebanyak 16 pcs cupcake

– nozzle akan diberi

– Peserta cuma perlu membawa apron dan towel sahaja

– Semua cupcake yang dihias akan dibawa pulang oleh peserta

Kelas Dekorasi Cupcake (Fondant & Royal Icing) – RM200

РPeserta akan menghias cupcake  sebanyak 12 pcs cupcake

– nozzle akan diberi

– Peserta cuma perlu membawa apron dan towel sahaja

– Semua cupcake yang dihias akan dibawa pulang oleh peserta

Kelas Dekorasi Mini Cake (Buttercream) RM150

– Peserta akan menghias mini cake sebanyak 2 biji (saiz 5/6 inci)

– Peserta cuma perlu membawa apron dan towel sahaja

– Semua cake yang dihias akan dibawa pulang oleh peserta

Kelas Fancy Cookies (Fondant & Royal Icing) – RM180 or Decoration Only RM150

– Peserta akan diajar cara membuat cookies

– Peserta akan diajar cara membuat Fondant & Royal Icing

– Peserta diajar cara membungkus

– Semua cookies yang dihias akan dibawa pulang oleh peserta

Kelas Tart RM100

– Peserta akan diajar cara membuat kulit tart (sugar dough)

– Peserta akan diajar cara membuat filling

– Pelbagai tip akan diberikan untuk menghasilkan tart yang sedap

– Semua tart yang dibuat akan dibawa pulang oleh peserta

– Jenis tart : Fruit Tartlet, Cheese Tart,Chocolate Tart,Apple Crumble

First Come First Serve…..cepat booking tarikh

Minggu yang cukup sibuk

Salam & Hai

Minggu ni merupakan minggu yang meletihkan, aku menyiapkan tempahan pelbagai rasa cupcake untuk kawan opis 750 pcs dan hari ni aku kena menyiapkan wedding cake 2 tier untuk esok. malam tadi aku menyiapkan order choc cake (resipi kak Mis sapa lagi sifu aku yang creative) 250pcs, 12 cupcake hantaran dan 25pcs cake hari jadi. Sungguh meletihkan….apa-apa pun alhamdulillah rezeki Allah bagi melimpah-limpah buat anak aku.

Nanti aku paste gambarnya ye…bye

HARIAN METRO 10 MAC 2010

Salam semua

Kelas Cookies & Hamper di Astana Jentayu Jalan Kg Attap yang aku gi ari dah kuar Harian Metro, Variasi V6….layan.

kalau ada yang berminat nak tempah hamper tahun ni, boleh sms atau email untuk quotation. Dan saya juga mengalu-alukan ejen,kalau sapa nak buat duit boleh ler hubungi untuk keterangan lanjut.

FRUIT TARTLET FOR MIRAH

Salam & Hai

Projek minggu lepas, last minute order tapi tak banyak 70 pcs from Mirah & 30 pcs for Ain. Selebihnya untuk anak-anak ku yang tersayang kat rumah yang pantang aku baking masing-masing lapar walaupun baru lepas makan. Kalau anakku yang Manja siap cakap ‘ kakak lapar ni Umi nak makan….’ mari layan weh………